Duration 4:11

Resepi Agar-Agar Santan Pandan Tanpa Telur

227 watched
0
2
Published 30 Oct 2022

Salah satu hidangan pencuci mulut yang legend untuk saya dari kecil sampailah dewasa kini. Tambahan lagi bagi saya yang kurang berminat dengan penggunaan telur dalam masakan, agar-agar santan pandan tanpa telur ni memang sesuai dengan selera dan rasanya pun cukup sedap. Baunya yang enak ditambah dengan rasa lemak santan cukup membangkitkan selera. Bahan-bahan yang diperlukan:- 37 gram agar-agar (1 paket agar-agar utk kandungan 37 gram). 200ml santan (gunakan santan kara - kepekatan pada santan sangat perlu untuk membina 2 lapisan) 2 liter air 1 cawan air perahan daun pandan 1 cawan gula 1 sudu kecil garam 1 ketul besar gula batu 2 helai daun pandan 1 sudu pewarna hijau * Untuk menjadikan 2 lapisan agar-agar yang cantik - adunan agar-agar perlu dimasakkan sehingga membuak agak lama seperti pecah minyak, barulah dipadamkan api. * Kandungan santan juga perlu pekat untuk menimbulkan 2 perbezaan lapisan apabila sejuk. Cara penyediaan - sila tonton video disediakan #agar-agar ramadhan Sumber lagu Youtube audio library Grace Behind The Curtain by Silent Partner

Category

Show more

Comments - 0